SOALAN-SOALAN DIBENTANGKAN OLEH YB WEE CHOO KEONG, AHLI PARLIMEN WANGSA MAJU UNTUK SESSI PARLIMEN MULAI PADA 16HB FEBRUARI, 2009
Soalan Untuk Jawapan Lisan (Questions For Oral Answers)
1. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk menghadapi peningkatan lagi gejala jenayah yang sudah berleluasa seperti rompakan, kecurian, jenayah kekerasan di Wangsa Maju serta tempat-tempat lain pada waktu negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang akan memaksa lebih ramai orang lagi terjerumus dalam kancah jenayah akibat tekanan hidup?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Home Affairs to state what actions have been taken and to be taken to tackle the increases of robberies, burglaries, snatch thieves and violent crimes in Wangsa Maju and elsewhere as the country slips into financial and economic recession that will drive people to more desperate acts to survive?
2. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kerjaraya supaya menerangkan mengapakah projek memperluaskan Jalan Gombak mengambil masa sebegini lama sampai bertahun-tahun, apakah sebab-sebab yang melengahkan kerja dan bilakah projek ini dijangka selesai serta apakah jumlah kos projek ini dan siapakah kontraktor yang terlibat?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Works to state why is the road widening project at Jalan Gombak taking so many years to complete, what is the cause of the delay, when will it be completed and what is the total cost of this project and who is the contractor?
3. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Perdana Menteri menyatakan mengapakah 30 orang Hakim Mahkamah Sesyen hanya dinaik pangkat kepada Gred Khas C manakala Timbalan Pendakwa Raya yang tempoh perkhidmatan yang lebih singkat telah dinaikkan ke Gred Utama C dengan gaji dan elaun yang lebih tinggi, dan adakah hakim ini didiskriminasi supaya mereka akan akur kepada kerajaan?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Prime Minister to state why in the recent promotion of 30 Sessions Court Judges they were only upgraded to Grade Khas C whereas the Deputy Public Prosecutors with lesser years of service were promoted to Grade Utama C with higher salary and allowances, and are these judges being discriminated against so that they will be obedient to the government?
4. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri menyatakan mengapakah Balai Polis Daing Wangi membenarkan jualan cakera video digital (DVD) cetak rompak secara terbuka di Jalan Petaling dan tidak mengambil tindakan terhadap ketua sindiket, Encik PHOH CHOONG KIN (I/C No: 810618-14-5629), yang telah disenaraikan oleh pihak polis sebagai orang yang dikehendaki?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Home Affairs to state why the Daing Wangi Police Station is condoning the open peddling of pirated DVDs in Jalan Petaling and chose not take action against the DVDs syndicate chief, Mr PHOH CHOONG KIN (I/C No: 810618-14-5629), who has been on the police wanted list.
5. YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta Menteri Kewangan supaya menyatakan, demi menjaga kepentingan umum, apakah langkah-langkah yang akan diambil untuk mengawal kegiatan Air Asia menjual tiket penerbangan terdahulu (forward) yang sebenarnya merupakan “deposit taking” yang dilarang oleh pihak Bank Negara jika pengambil deposit itu bukanlah sebuah bank bawah kawalan Bank Negara?
YB TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] to ask the Minister of Finance to state that in order to protect public interests what actions are the Ministry going to take to control

