Update mengenai kes tanah Bukit Kiara terlibat RM36 juta diskaun “diberikan” kepada Sime Darby oleh DBKL!
Pada petang 01 Disember 2010 saya telah membangkitkan masalah-masalah terlibat DBKL dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejeteraan Bandar semasa membahaskan Bajet 2011 peringkat Jawatankuasa di Dewan Rakyat Raykat.
Objektif-objektif utama Kementerian adalah:
- Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan system penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan hands on, mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan one stop centre;
- Meminimakan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh meningkatkan tahap pendapatan penduduk; dan
- Untuk menggubal, merancang dan melaksanakan dasar-dasar pembangunan fizikal insani berteraskan nilai dan budaya Malaysia untuk menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai Bandaraya yang bertaraf dunia.
Iklan-iklan Ah Long di Ibu kota
Memang objektif-objektif ini amat baik dan kita sokong semua. Saya rasa tidak ada sesiapa yang tidak meyokong.

