* Taiwanese mother & son given Malaysian Citizenships and projects after projects by Ministry of Tourism, Ministry of Science, Technology and Innovation and Ministry of Health!
* Bernama TV is privately owned!
Datuk Yang di-Pertua,
Terima kasih Datuk Yang di-Pertua. Saya untuk membahas suatu Akta untuk meminda Akta Hasil Dalam Negeri.
Saya ingin menarik perhatian kerajaan terhadap kegiatan-kegiatan haram yang mengancam kesejahteraan masyarakat kita seperti perjudian haram, iaitu Empat Ekor, bolasepak dan juga lain-lain makisat seperti pelacuran dan sebagainya. Saya percaya kegiatan perjudian haram, bolasepak dan lain-lain kegiatan haram tersebut melibatkan berjuta-juta ringgit setiap hari. Cuba bayangkanlah berapa banyaknya wang cukai yang terlepas daripada kawalan pihak kerajaan. Perjudian haram dan pelacuran adalah pekerjaan yang paling tua di mana pihak kerajaan tidak dapat mengawal. Kini, kita sudah menjangkau era IT dan pengendalian perjudian haram ini telah menjadi lebih mudah dengan adanya internet. Pada hemat saya, pihak kerajaan telah kehilangan berjuta-juta ringgit wang cukai daripada kegiatan-kegiatan haram tersebut.
Datuk Yang di-Pertua,
Punca kehilangan pendapatan cukai untuk kerajaan bukan terhad sahaja kepada

