
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua warga Wangsa Maju dan teman-teman yang bersama-sama meraikan Rumah Terbuka Aidil Fitri pada malam Sabtu yang lepas.

Khasnya kepada mantan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Yg Bhg Tan Sri Ahmad Fuad bin Ismail. Walaupun beliau amat sibuk di musim Hari Raya tetapi beliau masih hadir seperti ditiap tahun ke majlis-majlis perayaan yang diadakan. Saya mengakui walaupun semasa beliau masih bergelar Datuk Bandar, kadang kala kami bertegas dalam isu-isu tertentu tetapi kami fahami bahawa itu semua adalah demi kebaikan Negara semata-mata dan untuk menjayakan KL sebagai

