Teks Ucapan untuk perbahasan Titah SPB Yang Di Pertuan Agung oleh YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju pada 15hb Mach, 2011.
Tan Sri Yang Di Pertua
BENCANA GEMPA BUMI DAN TSUNAMI DI JEPUN
Sebelum saya mengambil bahagian untuk membahas Titah Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong, izinkan saya mengambil kesepatan ini untuk menyampaikan takziah bagi pihak saya sendiri dan penduduk-penduduk Wangsa Maju kepada semua keluarga rakyat negara Jepun yang terlibat dengan kejadian bencana gempa bumi dan Tsunami beberapa hari yang lalu. Walaupun beribu batu jarak antara Malaysia dengan Jepun saya berharap suara saya ini dan Ahli-Ahli YB yang lain boleh sampai kepada semua keluarga yang terlibat.
Tan Sri Yang Di Pertua,
Saya juga ingin menyatakan sokongan penuh kepada segala usaha kerajaan dalam membantu negara Jepun dengan penghantaran pasukan SMART dan MARCY ke negara Jepun untuk misi kemanusiaan.
Saya tetap berdoa supaya apa yang berlaku di negara Jepun janganlah hendaknya terjadi walau sedikit pun di negara kita cintai ini.

