Teks Ucapan YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju, Untuk Perbahasan Akta Bank Negara 01 Julai 2009
Datuk Yang di-Pertua,
Saya bangun untuk membahas Rang Undang-undang Bank Negara 2009.
Bank Negara Malaysia adalah perbadanan perbankan tertinggi di Negara yang berkuasa bawah undang-undang untuk memantau serta mengawal tindak-tanduk semua bank di Malaysia, termasuk segala operasi kad kredit.
Selain daripda memastikan keutuhan sistem kewangan negara, Bank Negara juga berperanan penting dalam menjaga kepentingan dan hak orang awam yang berurusan dengan bank-bank ini supaya kita boleh mengelakkan rakyat jelata daripada diekploitasikan oleh bank-bank ini yang mengaut keuntungan lumayan tahun demi tahun. Bank Negara harus memikirkan bagaimana ia boleh menyahut laungan YAB Perdana Menteri supaya

