Land acquisition cost for road-widening of Jalan Genting Kelang is RM3,001.72 per square meter!
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan senarai nama-nama pemilik tanah, butirbutir tanah (Hakmilik, Lot No, Mukim) dan kos pengambilan tanah oleh Kerajaa setiap lot tanah tersebut yang mana kos keseluruhannya adalah berjumlah RM25 juta untuk projek pelebaran jalan di Jalan Genting Kelang, di kawasan Wangsa Maju.
Jawapan
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, adalah satu kebiasaann bahawa projek pembinaan jalan melibatkan pengambilan tanah terutamanya di pusat bandar. Bagi projek ini, sejumlah 29 lot tanah terlibat dengan jajran pelebaran jalan yang dilaksanakan untuk menampung kesesakan lalu lintas di Jalan Genting Kelang ini.

