DARIPADA : TUAN WEE CHOO KEONG
[WANGSA MAJU]
TARIKH : 14 MAC 2011
SOALAN : Meminta MENTERI PELANCONGAN
menyatakan :
Bahawa memandangkan banyak agensi-agensi pelancongan yang ditutup (collapsed), sama ada Kementerian bercadang untuk mengeluarkan peraturan-peraturan untuk memaksa MATTA menyediakan tabung pampasan untuk dibayar semula kepada orang ramai yang telah membuat bayaran pendahuluan untuk tiket-tiket penerbangan dan pakej pelancongan di MATTA Travel Fair? Jika tidak, sila nyatakan sebab-sebabnya.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Tiada peraturan yang khusus yang membolehkan Kementerian memaksa atau mengarahkan MATTA membayar kembali segala deposit yang telah dibayar oleh pembeli pakej yang ditipu oleh syarikat agensi pelancongan. Walaubagaimanapun Kementerian telah mengambil langkah dan inisiatif dengan menyelesaikan masalah yang timbul secara rundingan.
Sebagai contoh pada tahun 2010, Kementerian telah menyelesaikan sebanyak 152 daripada 192 aduan yang diterima melibatkan penipuan di kalangan agensi pelancongan kepada pelancong asing dan tempatan. Pada tahun 2010 satu (1) aduan diterima melibatkan pakej pelancongan yang dijual di MATTA Fair oleh syarikat pelancongan tetapi pelanggan yang membeli pakej ini tidak mendapat apa yang telah dijanjikan. Walaubagaimanapun, kes ini telah diselesaikan.
Pembeli juga dinasihatkan agar membawa kes ke Tribunal

