Minister of Federal Territory’s reply to my question on road-widening project of Jalan Genting Kelang.
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan kos keseluruhan untuk projek membesarkan jalan “JALAN GENTING KELANG DARI PERSIMPANGAN JALAN AIR PANAS KE PERSIMPANGAN JALAN 1/27A” di Wangsa Maju dan kenapakah Kementerian tidak mengadakan “Tender Terbuka” sebelum memberikan projek tersebut kepada Mentari Contracting (M) Sdn Bhd.
Jawapan:
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat bagi Wangsa Maju kos keseluruhan bagi projek “Jalan Genting Kelang Dari Persimpangan Jalan Air Panas Ke Persimpangan Jalan 1/27A” di Wangasa Maju adalah RM40 juta termasuk kos pengambilan tanah berjumlah RM20 juta. Jumlah peruntukan yang disediakan untuk perbelanjaan bagi tahun 2008 adalah sebanyak RM25 juta.
Pelawaan tawaran projek ini telah dibuat secara tender terbuka kepada kontraktor-kontraktor Kelas A melalui iklan-iklan yang disiarkan pada 10 April 2007 di dalam akbar Utusan Malaysia, Berita Harian dan laman web DBKL.
Penilaian tawaran telah dibuat diperingkat DBKL dan Lembaga Perolehan

