“Perompak-perompak Negara” – Part 1

Yours truly speech during the debate on Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007 on 19-4-2012. Below is the verbatim report in the Hansard.

10.53 mlm. (19-4-2012)


Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Terima kasih Tuan Yang di-Pertua. Saya bangkit untuk membahas rang undang-undang ini bernama Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Apa- apa yang disebut tadi oleh Yang Berhormat Timbalan Menteri memang bagus. Ini untuk mengawal seliakan pasaran modal dalam negara kita. Akan tetapi kita sudah tahu bahawa pasaran modal di dalam negara kita sekarang ini boleh dikatakan seperti sebuah kasino, kasino yang berlesen untuk orang bermain saham-saham. Masalahnya adalah mengawal selia ada masalah, penguatkuasaan ada masalah.

Sampai hari ini kita tengok banyak insider trading dan sebagainya tetapi tidak ada seorang pun tertuduh di mahkamah sampai hari ini. Listed companies tidak ada dikawal selia masalahnya dan saya hendak menyentuh sedikitlah mengenai dengan MAS ini yang di bawah pasaran modal juga, security market, public listed company.

Sebelum itu saya ingin meminta izin untuk menyatakan bahawa kita bersyukurlah negara kita di mana baru-baru ini walaupun kapal terbang MAS ada masalah dengan enjinnya terbakar tetapi tiada nyawa terkorban. Walaupun saya ada sahabat Datuk Rockie Blue dalam pesawat MH002 daripada Kuala Lumpur ke London. Oleh kerana kepakaran dan kecekapan pekerja-pekerja MAS di mana kita menyelamatkan lebih kurang 300 manusia termasuk warganegara Malaysia dan luar negeri. MAS ini pun namanya boleh kata safetylah dalam MAS ini, adalah yang amat baik. Alhamdulillah oleh kerana kecekapan pekerja-pekerja MAS ini.

Walaupun mereka pekerja-pekerja ini dianggapkan oleh pengurusan tertinggi MAS, di Parlimen mereka datang memberi taklimat mengenai share swap ini. Menyatakan pekerja-pekerja MAS ini adalah low productivity, saya quote, untuk saya, bukan. Ini ternyata di mana 300 nyawa telah diselamatkan oleh mereka termasuk pilot, cabin crew dan ground crew tetapi ini bukan kerana pengurusan tertinggi MAS yang menyelamatkan nyawa manusia ini, pekerja. Made that clear dan saya amat sedih hati bila pengurusan tertinggi, Ahmad Jauhari datang ke sini menyatakan mereka ini low productivity. Ini sudah ada satu evidence, ternyata mereka menyelamatkan 300 nyawa termasuk Datuk Rockie Blue sahabat saya dan seorang blogger Datuk Rockie dan Rockie Blue blognya.

DR 19.4.2012 203

Akan tetapi MASnya telah dijahanamkannya, bukannya oleh share swap. Sebelum share swap, di mana BinaFikir Sdn. Bhd. telah dilantik oleh Tan Sri Md Nor pada masa itu jadi MD kepada MAS, sekarang ini sudah balik jadi Pengerusi MAS. Baru-baru ini saya meminta satu penjelasan, berapakah consultancy fees yang dibayar oleh MAS kepada BinaFikir Sdn. Bhd. yang pada masa itu dimiliki oleh Tan Sri Azman Mokhtar dan Mohammed Rashdan. Sekarang Tan Sri Azman Mokhtar telah di dalam Khazanah, MDnya dan Mohammed Rashdan sebagai Deputy CEO. Berapa kali saya minta, berapakah ini consultancy fees ini, tidak diberi. Sampai Timbalan Menteri, Yang Berhormat Dato

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 9,801

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top