Pengkhianat dan Perompak Negara” Part 2

Updates @ 10:00 pm 23-3-2012: Yours truly will be posting AJ & Rashdan: “What cost cutting?” & Rashdan abused of power – Part 4 later tonight.

Pernyata Rasmi Parlimen (Hansard) untuk Part 1 diSINI.

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju]: Dan yang lebih penting kita perlu ada satu jawatankuasa atau satu komiti untuk memutuskan apa-apa pelaburan, apa-apa investment yang berjuta- juta ringgit daripada Khazanah.

Saya hendak teruskan. Bukannya jual MAS Catering sahaja. Tan Sri Mat Nor ini jual apa lagi? Kompleks MAS di Sepang yang mengandungi 32 bangunan MAS yang dibina oleh MAS pada tahun 1998 dengan beratus-ratus juta ringgit. Dijual untuk hendak jadikan MAS ini sebagai satu asset light airlines. Bagus tetapi akhirnya kemudian menandatangani pula untuk satu list agreement dengan satu syarikat yang bernama Asset Global Network Sdn. Bhd. Tidak apa. Okey, bagus. Untuk berapa lama? Selama 57 tahun, 57 years, dengan izin.

Inilah yang sekarang sudah jadi Pengerusi MAS pula. Sudah naik standard. Dengan berapa sewaannya, dengan berapa sewaannya? RM78.8 juta pada masa sekarang setahun. Pada tahun yang akhir 2059 masa itu saya rasa Ahli Parlimen di sini pun sudah kemungkinan kita pun tidak ada dalam dunia ini. 2059 pada masa itu berapa, pada masa itu berapa? Jumlah RM125 juta setahun. Bagaimana MAS hendak boleh untung? Yang untung-untungnya semua bocor ke sini. Inilah kepintaran Bina Fikir ini yang di bawah Tan Sri Azman Mokhtar ini. Tidak apa. Yang dibuatkan semua ini, tidak apa. MAS ini memang sudah baik, sudah pulih.

Selepas itu pada tahun 2008, semasa Tan Sri Azman Mokhtar di Khazanah Bina Fikir ini yang diwakili pada masa itu yang diketuai pada masa itu oleh Mohamad Rashdan bin Yusof ini dijual kepada salah satu GLC kerajaan Maybank Berhad dengan harga RM8 juta, RM8 juta. Bina Fikir sebuah consultancy firm. Daripada 2001 sehingga 2008 dalam lapan tahun, setahun dia boleh nilainya RM8 juta termasuklah jualan Rashdan pun kroni-kroni Tan Sri Azman itu masuk ke dalam Maybank tapi tidak berapa lama ditendang keluar Rasydan. Ke mana terus?

Tendang keluar disambut dengan open arm oleh siapa? Tan Sri Azman Mokhtar dalam Khazanah sebagai Investment Director. Wah, pintar pula. Dalam dunia ini tidak ada sudah orang yang lebih baik yang lebih berwibawa dalam negara kita. Tidak adakah? Kena bawa konco dia masuk tetapi ada yang penting. Untuk apa, untuk apa? Untuk tujuan hendak bagaimana hendak cannibalize MAS. Hendak buat MAS pula sekali lagi untuk satu asset light airlines sekali lagi. Sebelum itu saya menyeru MACC dan semua agensi kerajaan untuk menyiasat transaksi terhadap MAS Katering dan penjualan kompleks MAS oleh Tan Sri Md Nor ini salah seorang pengkhianat negara juga ini. Memang betul pun dan selepas itu apa terjadi. Tiba-tiba kita semua dalam negara okey, MAS okey tetapi pada masa itu memang ada media kempen MAS ini dalam keadaan teruk, media kempen masuk dalam Star. Oh, MAS ini sudah hancur. Media kempen. News portal pun Malaysian Insider kempen terus terhadap MAS.

DR 19.3.2012 103

Tidak apa, kita tidak nampak lagi agenda mereka. Tiba-tiba pada 6 Ogos satu breaking news daripada Malaysian Insider. Wah ini satu news portal yang amat hebat. Dia semua tahu. Makluman yang ditulis dalam 6 Ogos 2011 itu amatlah with clinical accuracy, dengan izin. Clinical accuracy. Bersatu demi saham, berapa saham Tony Fernandes dapat berapa saham, AirAsia dapat berapa saham, MAS, Khazanah dapat berapa saham? Dua saham MAS tukar kepada satu saham AirAsia dan Tengku Azmil pun akan dipecat dalam 24 jam dan lain-lain. Kita pun baca, kemungkinan ini satu benda yang palsu.

?1720

Tiba-tiba pada hari Isnin 8 hari bulan, saham MAS dan saham AirAsia telah disuspend, digantung kerana ada announcement. Pada 9 Ogos, Tan Sri Azman Mokhtar dan Tan Sri Md Nor, Rashdan datang sain agreement iaitu agreement MAS-AirAsia share swap

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 9,801

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top