Parliament Questions Time, 29 June 2009

Why Malaysia’s broadband internet service is not as fast as those in South Korea, Singapore and Taiwan despite our high charges …

Soalan

Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air menjelaskan walaupun para pengguna terpaksa membayar kadar tinggi untuk perkhidmatan “broadband”, mereka belum lagi menikmati tahap laluan 8 megabyte seperti di Singapura dan apakah langkah kawalan pihak Kementerian untuk mencegah ekploitasi pembekal perkhidmatan ke atas para pengguna?

Jawapan

Tuan Yang Dipertua,

Kadar perkhidmatan jalur lebar yang diberikan kepada pengguna dipengaruhi pelbagai aspek termasuklah aspek penawaran dan permintaan (supply and demand) serta pelbagai pengaruh pasaran yang lain. Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak mengawal selia aspek komersil dan penawaran harga bagi perkhidmatan yang disalurkan kepada pengguna.

Harus diakui bahawa kadar dan kelajuan perkhidmatan jalur lebar yang ditawarkan di Malaysia masih belum mencapai tahap seperti di negara yang lebih maju. Namun demikian, SKMM telah melaksanakan beberapa usaha untuk menggiatkan lagi persaingan di dalam pasaran jalur lebar di Malaysia agar perkhidmatan menjadi lebih kompetitif seperti di Korea Selatan, Singapura dan Taiwan, antaranya:

(a) SKMM antara lain telah menentukan kaedah “unbundling of the local loop” yang menetapkan terma dan syarat, termasuk harga capaian untuk beberapa komponen Bitstream. Baru-baru ini, SKMM telah menguatkuasakan 3 lagi kaedah “unbundling of the local loop” yang lain iaitu “full access”, “sub-loop” dan “line sharing” untuk menggiatkan lagi persaingan di dalam pasaran jalur lebar.

(b) Selain itu, sehingga penghujung 2008 SKMM telah memberi sebanyak 80 lesen individu untuk pemberi kemudahan rangkaian, 87 pemegang lesen individu untuk pemberi perkhidmatan rangkaian dan sebanyak 401 pemegang lesen kelas untuk pemberi perkhidmatan aplikasi. Kesemua pemegang lesen ini boleh menawarkan perkhidmatan jalur lebar dengan pelbagai teknologi termasuklah teknologi tanpa wayar seperti 3G, HSDPA dan WiMAX kepada pengguna.

(c) Beberapa inisiatif telah dan sedang dilaksanakan termasuklah projek Jalur Lebar berkelajuan tinggi (High-speed Broadband – HSBB) di mana salah satu daripada syarat yang ditetapkan ialah supaya  Telekom Malaysia ™ mengamalkan akses terbuka dan menawarkan akses kepada rangkaian tersebut kepada pemberi perkhidmatan yang lain.

(d) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 juga mengandungi peruntukan mengenai Amalan Persaingan Am di mana SKMM boleh mengambil tindakan ke atas tingkah laku anti persaingan mengamalkan “predatory pricing” dan tingkah laku anti persaingan berhubung dengan penentuan tarif bagi rangkaian kuprum (copper network) yang menjanakan fixed line broadband secara teknologi Digital Subscriber Line (DSL).

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 9,809

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top