Foreign workers without working permits in Jalan Petaling …
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta Menteri Dalam Negeri menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil oleh pihak Kerajaan terhadap pekerja asing tanpa permit kerja yang sah khususnya di Jalan Petaling.
Jawapan:
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, Kerajaan sememangnya memandang serius terhadap permasalahan warga asing yang menyalahgunakan Pas Lawatan/Permit Kerja yang dikeluarkan dengan berkerja dan menjalankan perniagaan dengan tidak mempunyai Pas yang sah sepertimana yang berlaku di Jalan Petaling.

