Parliament Questions Time, 24 February 2009

Control of Auditing Firms in Public Listed Companies …

Soalan:
(PR-1221-L17798)

Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk mencegah firma-firma audit di Malaysia daripada membantu syarikatsyarikat tersenarai dalam Bursa Saham Malaysia memalsukan laporan kewangan mereka demi merahsiakan keadaan kewangan mereka daripada para pelabur am, memandangkan kejadian melibatkan pemalsuan laporan kewangan oleh Megan Media Berhad serta syarikatsyarikat ternama seperti Enron, Worldcom, Bernard Madoff dan Satyam Computer Services dan firma audit terkenal seperti Arthur Anderson.

Jawapan:

Tuan Yang di-Pertua,

Untuk makluman Yang Berhormat, ekoran daripada penipuan perakaunan yang berlaku sejak beberapa tahun lalu, tindakan telah diambil terhadap beberapa juruaudit melalui Jawatankuasa Pelesenan Audit sejak tahun 2005. Tindakan tersebut termasuklah membatalkan lesen audit sementara menunggu siasatan lanjut dan menghalang juruaudit daripada mengaudit penyata kewangan syarikat-syarikat tersenarai awam (PLC).

Dengan penubuhan Lembaga Pemantauan Audit (Audit Oversight Board – AOB) pihak Suruhanjaya Sekuriti akan dapat menjalankan peranan yang lebih proaktif dalam memastikan pemantauan juruaudit yagn teguh dan bebas. Fungsi utama AOB disasarkan kea rah, antara lain, memastikan hanya mereka yang layak dan sesuai sahaja debenarkan bertindak sebagai juruaudit syarikat, dan mendissiplinkan juruaudit dan firma audit PLC yang menyeleweng. Ini selaras dengan langkah yang diambil oleh bidang kuasa yang lain dan Rang Undang-undang AOB yang akan dibentang di sessi Parlimen tahun ini.

Share:

Old Blog Stats

5,037,921 hits

New Site Statistics
  • Total visitors : 9,801

Recent Posts

Recent Comments

Elizabeth Ken is a media specialist of the set up of Siew Ka Wei or ... They used Geeko Tech, then Padu and now Elizabeth tried using the set up…
Who is Elizabeth Ken to Siew Ka Wei? She will somehow appear in business transaction in connection with Siew Ka Wei. Very strange. We can see in Geeko Tech, Padu…
Blocking of a website in a clandestine manner is a form of censorship. It is against freedom of information as guaranteed by our constitution. Dare not file defamation suit and…
criminal defamation! what a joke. Are you Ok Elizabeth? Or Siew Ka Wei did not take good care of you lately?
Con man is scared of his own shadow so using the police to silence people. No success from police. Now using MCMC. We must stand up against violation of freedom…
after reading that YB's blog was blocked by MCMC i came to the blog to see what have been published. I found nothing in the blog that were offensive except…
Archives

Categories

Scroll to Top