Khazanah’s losses amounting to RM18 billion …
Soalan:
(PR-1221-L17792)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan sebab-sebab Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) mencatatkan kerugian kewangan besar RM18 bilion seperti yang dilaporkan dalam surat khabar pada 20 Januari 2009 dan memberi senarai penuh semua syarikat di mana Khazanah adalah pemegang saham serta jumlah saham yang dipegang oleh Khazanah dalam setiap syarikat tersebut serta jaminan kepada syarikat-syarikat tersebut dan catatan untung atau rugi mereka pada tahun-tahun kewangan 2006 hingga 2009.
Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua
Untuk makluman Yang Berhormat, penyusutan nilai asset tidak boleh disamakan dengan kerugian kewangan kerana nilai tersebut masih belum direalisasikan dan akan hanya dicatat sekiranya Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) melepaskan pegangannya dalam pelaburan-pelaburan tersebut pada masa ini.
1.

