Why the delay in widening Jalan Gombak, what is the total cost involved and who is the contractor?
Soalan No: 67
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan mengapakah projek memperluaskan Jalan Gombak mengambil masa sebegini lama sampai bertahun-tahun, apakah sebab-sebab yang melengahkan kerja dan bilakah projek ini dijangka selesai serta apakah jumlah kos projek ini dan siapakah kontraktor yang terlibat.
Jawapan
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, projek melebarkan Jalan Gombak dilaksanakan bagi menampung isipadu trafik yang kian bertambah dari kawasan Gombak yang pesat membangun.

