Ucapan YB Wee Choo Keong, Ahli Parlimen Wangsa Maju,
pada 12 Januari 2009 berkenaan serangan
tentera Israel di Semenanjung Gaza
Tuan Yang Di Pertua,
Saya bediri untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Usul ini.
TINDAKAN biadap terbaru Zionis terhadap rakyat Palestin mesti dikutuk sekeras-kerasnya oleh dunia. Serangan terbaru ini adalah rentetan dari pelbagai bentuk pencerobohan dan pelanggaran hak asasi rakyat Palestin sejak rejim itu mengusir rakyat Palestin dari tanah air mereka pada tahun 1948 dalam peristiwa Nakbah (malapetaka) dan menceroboh Baitul Maqdis (Jerusalem) dan menguasai Masjid al Aqsa sejak tahun 1967.

