My speech for the Mid-Term Review of the 9th Malaysia Plan.
Ucapan perbahasan oleh Ahli Parlimen Wangsa Maju,
YB Wee Choo Keong mengenai Separuh Penggal Kajian
Rancangan Malaysia ke 9.
Datuk Yang Di-Pertua,
Saya bangun untuk mengambil bahagian dalam perbahasan Kajian separuh penggal Rancangan Malaysia ke 9. Kenyataan Menteri (Ministerial Statement) oleh YAB Timbalan Menteri pada 30 Jun 2008 mencerminkan satu undi tidak percaya terhadap YAB Perdana Menteri.
Datuk Yang Di-Pertua
Masaalah utama Kerajaan BN ialah masalah penguatkuasaan undang-undang, peraturan dan perlaksanaan Rancangan seperti RMK Ke 9 ini. Kerajaan BN tidak mampu untuk mentadbir negara lagi kerana dengan izin, this administration is riddled with scandals after scandals!
Contoh utama: PARLIMEN
Untuk mengkaji RMK9 kerajaan Barisan Nasional, kita tidak perlu pergi terlalu jauh. YAB PM telah melantik YB Menteri Parlimen untuk menjaga Parlimen tetapi beliau tidak menjaga fungsi serta infrastruktur Parlimen dengan baik.
Sebagai Contoh: Tempat letak kereta untuk Ahli Parlimen telah digunakan oleh orang bukan Ahli Parlimen. Papan tanda seperti

