Home Minister replies to question regarding Phoh Choong Kin, DVD syndicate chief ...
Soalan
(PR-1221-L17763)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan mengapakah Balai Polis Dang Wangi membenarkan jualan cakera video digital (DVD) cetak rompak secara terbuka di Jalan Petaling dan tidak mengambil tindakan terhadap ketuasindiket, Encik PHOH CHOONG KIN (I/C: 810618-14-5629) yang telah disenaraikan oleh pihak polis sebagai orang yang dikehendaki.
Jawapan
Tuan Yang DiPertua,
Saya nmengucapkan terima kasih kepada Ahli Tang Berhormat Wangsa Maju yang mengemukakan soalan.
Untuk makluman Ahli-Ahli Yang Berhormat dan Dewan Yagn Mulia ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak pernah sama sekali membenarkan penjualan DVD cetak rompak di mana-mana tempat termasuk di Jalan Petaling, Kuala Lumpur kerana ia merupakan sate kesalahan di bawah seksyen 18 Akta PEnapisan Filem 2002.

