Price control to curtail excessive profiteering …
Soalan:
(PR-1221-L17775)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI DAN HAL EHWAL PENGGUNA menyatakan tindakan-tindakan yang telah diambil untuk mencegah dan menghukum peniaga yang mengaut keuntungan berlebihan dengan tidak menurunkan harga makanan khususnya bahan makanan asas memandangkan harga minyak telah diturunkan sebanyak 5 kali sejak kenaikan 70 sen seliter dahulu.
Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua
Kementerian tidak menafikan melalui hasil analisa trend harga 100 jenis barang terpilih dari bulan Jun 2008 sehingga Oktober 2008 mendapati barang-barang di pasaran masih tidak ada penurunan atau perubahan harga yang dignifikan ke atas kedudukan harga sejak kenaikan hargaberlaku pada bulan Jun dan Julai 2008 yang lalu. Pemantauan harga pasaran secara menguan ke atas harga 225 barang di 80 pusat pengutan di seluruh Negara juga didapati harga barang-barang keperluan pengguna dan bahan makanan asa masih tidak sejajar dengan penurunan bahanapi.
Sebab-sebab mengapa harga barang masih lagi tinggi sedangkan harga minyak telah diturunkan oleh Kerajan sebanyak 7 kali dalam tempoh tiga bulan setengah ini antaranya ialah:
i)

