What actions have the Minister of Home Affairs taken or will take against ever increasing crimes in Wangsa Maju as well as in other parts of the country?
Soalan:
( PR-1221-L17752 )
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI DALAM NEGERI menyatakan apakah tindakan yang telah dan akan diambil untuk menghadapi peningkatan lagi gejala jenayah yang sudah berleluasa seperti rompakan, kecurian, jenayah kekerasan di Wangsa Maju serta tempat-tempat lain pada waktu negara kita sedang mengalami kemelesetan ekonomi yang akan memaksa lebih ramai lagi orang terjerumus dalam kancah jenayah akibat tekanan hidup.
Jawapan:
Tuan Yang Dipertua
Saya menmgucapkan terima kasih kepada Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju mengemukakan pertanyaan.
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, piohak polis sentiasa mempertingkatan usaha pencegahan jenayah di seluruh negara bagi memastikan keamanan dan keselamatan rakyat di Negara ini sentiasa terpelijhara dan terjamin.

