Jawapan Lisan – 21-6-2012
Y.B. TUAN WEE CHOO KEONG [WANGSA MAJU] minta MENTERI KEWANGAN menyatakan bila seorang Menteri berjanji di Parlimen untuk memberi informasi seumpama fi konsultan yang telah dibayar oleh MAS kepada BinaFikir Sdn. Bhd, untuk Projek WAU yang melibatkan jumlah wang RM200 juta dan senarai nama untuk 12 syarikat yang terlibat dalam kontrak fuel hedging di mana MAS mengalami kerugian sebanyak RM3.3 bilion, adakah Khazanah dan/atau syarikat GLC seperti MAS berhak untuk tidak memberi apa-apa maklumat yang diperlukan kepada Parlimen dan bahawa Khazanah dan/atau syarikat seperti MAS boleh kekal bersembunyi di bawah klausa CONFIDENTIALITY atau NON-DISCLOSURE sedangkan MAS menggunakan wang rakyat.
JAWAPAN
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Yang Berhormat, peruntukan kerahsiaan dan non disclosure merupakan peruntukan standard/kebiasaan dalam sesuatu kontrak untuk melindungi kepentingan pihak-pihak terlibat dalam kontrak berkenaan. Oleh demikian, pendedahan sebarang maklumat yang diklasifikasikan sebagai rahsia dalam sesuatu kontrak oleh mana-mana pihak tanpa persetujuan pihak-pihak lain dalam kontrak terlibat boleh memberi implikasi perundangan kepada pihak yang mendedahkan maklumat berkenaan kerana tidak mematuhi aku janji kerahsiaan. Memandangkan peruntukan berkenaan adalah standard/kebiasaan, ia bukan hanya diguna pakai oleh GLC tetapi juga oleh syarikat-syarikat bukan GLC.
Sungguhpun demikian, MAS telah mendapatkan kelulusan sewajarnya daripada pihak perunding yang berkaitan untuk memberi makluman kepada Parlimen mengenai perkara-perkara berikut:
i)

