
MAJLIS SUMBANGAN OLEH MAJLIS AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN KUALA LUMPUR DAN UMNO WANGSA MAJU.
Pada 17-12-09 yang lalu telah berlangsung satu majlis bagi menyampaikan sumbangan kepada mangsa kebakaran di Kg Setia Jaya iaitu keluarga Pak Yusuf dan keluarga serta mangsa-mangsa pokok tumbang akibat kejadian angin ribut di sekitar Kuala Lumpur.
Dimaklumkan majlis tersebut adalah anjuran Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Umno Wangsa Maju. Sumbangan tersebut akan di lakukan sendiri oleh YB Datuk Major Jamil Khir, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, serta para pegawai dari (MAIWP). Dimaklumkan juga majlis tersebut akan turut di hadiri oleh Datuk Shafie Abdullah, setiausaha politik kepada Perdana Menteri.
Tetapi malang nya kedua-dua VIP tersebut tidak hadir dan yang hadir hanyalah CEO kepada MAIWP. Iaitu Tuan Hj. Anan B. Muhamad.
Dalam ucapan beliau memberi alasan bahawa YB Menteri berkenaan tidak dapat hadir ke majlis kerana beliau perlu mengulung perbahasan untuk Kementerian Di Jabatan Perdana Menteri dan meminta beliau bagi mewakili menteri bagi

