TUAN WEE CHOO KEONG [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan mengapakah tanah GM 3945/5537, di Bukit Kiara yang diserahkan kepada DBKL lalu diberi percuma kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan untuk pembinaan masjid dan telah diperuntukkan untuk Majlis Desa Sri Hastamas oleh DBKL di bawah KL Draf Pelan 2020, telah diluluskan oleh DBKL untuk dibangunkan sebagai bangunan komersial Glomac Galleria oleh Glomac Bhd.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Wangsa Maju, tanah GM 3945/5537 yang dimaksudkan itu, kini dikenali sebagai Lot 48671. Lot 48671 mempunyai keluasan 66,661 kaki persegi atau 1.53 ekar (setelah sebahagian lot seluas 12,320 kaki persegi diambil balik untuk pembinaan Leburaya SPRINT) dan terletak di Jalan 19/70A, Desa Sri Hartamas.
Di dalam pelan susunatur asal, sebuah masjid telah dirancang untuk dibina bagi kegunaan penduduk Desa Sri Hartamas. Bagi tujuan itu, pada tahun 1992, pemaju projek Desa Sri Hartamas telah menyerahkan tapak tanah berkenaan kepada Kerajaan yang kemudiannya memberimilik tanah itu kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
MAIWP kemudian telah memutuskan supaya tanah miliknya itu dibangunkan dengan projek komersil. Menurut maklumat yang dibekalkan oleh MAIWP kepada Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar, MAIWP telah melantik Syarikat Leader Domain Sdn. Bhd. untuk membangunkan Lot 48671 dan telah menandatangani Perjanjian Usahasama dan Surat Wakil Kuasa (Power of Attorney) dengan syarikat terbabit pada 25 Ogos 2004. Leader Domain Sdn, Bhd. kemudian melantik Syarikat Glomac Resources Sdn. Bhd. bagi melaksanakan pembinaan yang telah dirancang.
Tuan Yang di-Pertua,
MAIWP kemudian telah memohon kepada Jawatankuasa Kerja Tanah Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JKKTWPKL) untuk membatalkan syarat nyata lama dan mengenakan syarat nyata baru, iaitu daripada

