(Terjemahan ada berikut di bawah – ??????????)
Jalan Gombak road-widening project: Final cost is 3 times of original contract cost!
Soalan:
(PR-022-L19320)
Tuan Wee Choo Keong [ Wangsa Maju ] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN menyatakan sebab-sebab kerja memperluaskan Jalan Gombak masih diteruskan sedangkan Menteri Wilayah Persekutuan telah berjanji dalan sesi parlimen lepas bahawa kerja akan siap menjelang Mei 2009 serta menyatakan sebab-sebab kerja gagal disiapkan mengikut jadual waktu yang ditetapkan. Sila nyatakan jumlah kos projek, nama semua kontraktor dan bilakah projek ini akan disiapkan.
Jawapan:
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat Wangsa Maju, cadangan untuk menaik taraf Jalan Gombak dari Jalan genting Kelang ke Sempadan Wilayah Persekutuan menelan belanja sebanyak RM108,643,726-50. Projek inin dilaksanakan oelh kontraktor Teuan Gerbang Serantau Sdn Bhd. Tempoh kontrak asal ialah selama 36 bulan iaitu mulai 15 Mei 2006 hingga 10 Mei 2009. Kemajuan sebenar projek ialah 94.03% iaitu lewat 5.97% daripada tempoh kontrak asal. Projek ini dijangka siap pada 10 Ogos 2009.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, antara sebab-sebab projek ini lewat disiapkan ialah:
1. Isu pengambilan semual tanah yagn melibatkan 83 lot persendirian dan 9 lot tanah kerajaan dengan kos sebanyak RM75 juta.
2. Masalah pengalihan tiang-tiang dan kabel milik tenaga Nasional Bhd (TNB) dan Syarikat Telekom Malaysia Bhd serta pengaliohan paip air utama milik SYABAS.
3. Permohonan telah diterima untuk mengangguhkan notis pengosongan tapak pada 15 Jun 2006 ke 22 June 2006.

