
Tuan Wee Choo Keong [Wangsa Maju] minta MENTERI WILAYAH PERSEKUTUAN DAN KESEJAHTERAAN BANDAR menyatakan apakah tindakan telah diambil bagi memastikan pemilik-pemilik kedai yang meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan dan di kaki lima/siar kaki bagi mengelakkan berlakunya kesesakan dan halangan lalu lintas terutamanya di Seksyen 2, Wangsa Maju dan di Plaza Prima di Wangsa Maju dan apakah tindakan yang telah diambil bagi memastikan pemilik kedai tidak membuat bising dan ganggu kacau terhadap penduduk-penduduk yang sedang berehat dengan memasang pembesar suara dari penggunaan peti-peti televison.
Tuan Yang di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat dari Wangsa Maju, perbuatan meletakkan kerusi dan meja di tepi-tepi jalan serta di kaki lima/siar kaki telah menjadi satu budaya oleh pengusaha-pengusaha restoran di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

