SOALAN PADA 14 Oktober 20101 (Khamis):
Tuan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) minta PERDANA MENTERI
menyatakan jumlah keluasan tanah, aset Kerajaan, jumlah projek-projek di Wilayah Persekutuan serta nilainya (seperti tanah di Institut Kesihatan di Bangsar) yang telah di monetized sejak tahun 2003 hingga 30 September 2010 dan apakah dasar kualiti hidup dalam Model Baru Ekonomi (MBE) yang menjamin perlestarian kehijauan, isu pengangkutan dan kepadatan kependudukan yang selesa yang dapat dijamin melalui MBE.
JAWAPAN:
Tuan Yang Di-Pertua,
Untuk makluman Ahli Yang Berhormat, jumlah keluasan tanah kerajaan di Wilayah Persekutuan yang didaftarkan di atas nama Pesuruhjaya Tanah Persekutuan adalah seluas 3893.70 hektar. Dalam ucapan Bajet 2009, Kerajaan telah bercadang untuk mengenalpasti tanah Kerajaan untuk di monetize. Sehingga 30 September 2010 tiada tanah milik Pesuruhjaya Tanah Persekutuan di Wilayah yang telah disempurnakan jualannya kepada pemaju untuk tunai. Untuk makluman Ahli Yang Berhormat juga, pihak Kerajaan sedang mengambil tindakan untuk memuktamadkan proses jualan untuk beberapa tanah milik Kerajaan di Wilayah Persekutuan.
Model Baru Ekonomi (MBE) mensasarkan matlamat mencapai taraf negara maju melalui 3 objektif utama iaitu, ekonomi yang berpendapatan tinggi, berterangkuman dan mampan. Objektif ke-3 iaitu kemampanan akan memastikan agar setiap langkah dasar yang dilaksanakan bagi mencapai objektif pertama, akan dijalankan dengan mengambil kira aspek kemampanan bagi memastikan suatu kualiti hidup yang baik dicapai untuk semua rakyat Malaysia serta berkekalan bagi generasi akan datang. Ternyata sekali, keadaan alam sekitar, system pengangkutan yang berkesan dan kepadatan kependudukan adalah merupakan antara aspek-aspek yang akan diambil kira bagi mencapai kemampanan yang berkesan.
Di antara elemen-elemen pembangunan mampan khususnya berkaitan pelestarian kehijauan selaras dengan cadangan yang dinyatakan di dalam Model Baru Ekonomi adalah pemuliharaan sumber asli, memanfaatkan kelebihan berbanding bagi produk dan perkhidmatan nilai tambah tinggi, memenuhi komitmen antarabangsa seperti mengurangkan jejak karbon dan memudahkan pemberian pinjaman dan pembiayaan bank bagi

